KUANTAN, 7 September - Maritim Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Mohamed, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana sudi meluangkan masa dan berkesempatan melakukan lawatan kerja rasmi serta menyampaikan sedikit amanat kepada semua pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang sebelum bersara wajib pada tahun ini.
Ketibaan Yang Berbahagia Datuk disambut Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran Bin Haji Daud dan Kawalan Kehormatan Setempat sebagai acara pembukaan istiadat menyambut Tetamu Kehormat. Turut hadir bersama beliau Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain Bin Mohd Omar.
Dalam majlis kali ini, turut berlangsung dua juga acara perasmian iaitu perasmian Surau Al-Bahri Maritim Negeri Pahang yang dirasmikan oleh Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain Bin Mohd Omar yang mana idea pembinaan surau tersebut datangnya daripada beliau sendiri semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang manakala Auditorium Maritim Negeri Pahang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Mohamed.
Turut mengambil kesempatan pada majlis ini ialah meraikan anggota Maritim Negeri Pahang yang bakal bersara pada tahun 2020 dan bertukar keluar dari Maritim negeri Pahang.
SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG
EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA
OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK
MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN
OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK
MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN
MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM
DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU
PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA
KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.
Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.
Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.
Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.
Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |

















.svg.png)

