KUALA PERLIS, 12 Julai - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis telah dilaksanakan diruang Perbarisan Aras Seksyen Siasatan dan Bot dengan jayanya pada 9 Julai lalu. Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Leftenan Maritim Muhamad Hasrul Nizam bin Muhamad Napiah yang mewakili Komander Maritim Nurulazme bin Zakariah yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu.
Jawatan Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis sebelum ini yang disandang oleh Komander Maritim Nurulazme bin Zakariah telah bertukar keluar ke Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah telah disandang oleh Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing berkuatkuasa pada 9 Julai 2020.
Majlis ini telah disaksikan oleh para pegawai, anggota dan pegawai gunasama Zon Maritim Kuala Perlis. Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Shafie bin Haji Paing turut berbesar hati menyampaikan amanat kepada seluruh warga ZMKP supaya terus memberi komitmen penuh dan mengekalkan tahap integriti dan disiplin sepanjang melaksanakan tugas masing-masing.
![]()
![]()
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |



















.svg.png)

