08
Sel, Sep

Grid List

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

EMPAT REMAJA MASIH HILANG, OPERASI CARILAMAT DIAKTIFKAN DI PANTAI TANJUNG LOMPAT

MARITIM MALAYSIA BANTU PINDAHKAN PESAKIT SERANGAN JANTUNG DARI LANGKAWI

WACANA i-MEST, IKRAR BEBAS RASUAH DAN PELUNCURAN KAD DEBIT KHAS PERKUKUH INTEGRITI, KEBAJIKAN WARGA

PUTRAJAYA, 21 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh komitmennya terhadap nilai integriti dan kebajikan warga agensi menerusi penganjuran Program Wacana i-MEST dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) APMM Tahun 2026, sebelum diteruskan dengan Majlis Peluncuran Kad Debit Khas Maritim Malaysia hasil kerjasama strategik bersama Kumpulan AFFIN di Auditorium Seri Samudera, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, bersama Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Islamic Bank Berhad, Dato' Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin.

Menurut Mohd Rosli, pelancaran Kad Debit Khas Maritim Malaysia bukan sekadar memperkenalkan produk perbankan, malah menjadi simbol jalinan kerjasama strategik yang membawa nilai tambah kepada kebajikan serta kesejahteraan warga Maritim Malaysia dan keluarga mereka.

Beliau berkata, kad debit beridentitikan Maritim Malaysia itu direka khas untuk anggota, pesara serta ahli keluarga yang layak, selain menawarkan pelbagai manfaat dan kemudahan perbankan digital yang memenuhi keperluan semasa.

"Kerjasama strategik antara sektor awam dan institusi kewangan mampu mewujudkan ekosistem yang saling melengkapi serta memberi manfaat bukan sahaja kepada organisasi, malah kepada anggota dan keluarga mereka," katanya.

Bagi memastikan lebih ramai warga Maritim Malaysia mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut, siri jelajah promosi Kad Debit Khas Maritim Malaysia akan dilaksanakan ke seluruh Pusat Tanggungjawab (PTJ) bermula di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 27 Julai 2026, sebelum diteruskan ke lokasi-lokasi lain di seluruh negara.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada AFFIN Islamic atas komitmen berterusan dalam menyokong kebajikan warga agensi, termasuk menerusi penyaluran zakat perniagaan melalui Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) untuk diagihkan kepada warga Maritim Malaysia yang layak di bawah kategori asnaf fisabilillah.

Pelaksanaan Program Wacana i-MEST, Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan peluncuran Kad Debit Khas Maritim Malaysia membuktikan pendekatan holistik Maritim Malaysia dalam memperkukuh integriti, profesionalisme, kebajikan serta kesejahteraan modal insan, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan usaha berterusan memperkasa sebuah agensi penguatkuasaan maritim yang berintegriti, berdaya saing dan berprestasi tinggi.

Turut hadir menyaksikan Majlis Ikrar Bebas Rasuah itu ialah Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Wan Mohd Rosli bin Wan Daud.

Grid List

SEJARAH TERCIPTA, 127 KADET DITAULIAHKAN SEBAGAI LEFTENAN MUDA PASKAM

PEKAN, 5 SEPTEMBER – Seramai 127 Pegawai Kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) hari ini ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM selepas berjaya menamatkan latihan selama empat semester yang meliputi pembentukan disiplin, kepimpinan, ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerja berpasukan.

Pentauliahan ini mencipta sejarah apabila buat julung kalinya dilaksanakan secara bersama melibatkan tiga Universiti Awam, iaitu Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM Peringkat Universiti Awam Kali Pertama Tahun 2026 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah, di Dewan Konvokesyen UMPSA Pekan, hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 49 kadet daripada UMPSA, 30 kadet daripada UMT dan 48 kadet daripada UniMAP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PASKAM.

Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi berkata, pentauliahan itu bukan sekadar menandakan kejayaan menamatkan latihan, malah menjadi manifestasi kejayaan melahirkan generasi muda yang berdisiplin, berintegriti, berjiwa patriotik serta mempunyai kepimpinan dan jati diri yang tinggi.

"PASKAM bukan sekadar platform latihan berkawad atau aktiviti kokurikulum, sebaliknya medium membentuk mahasiswa yang memahami erti tanggungjawab, kepimpinan, kesetiaan, keberanian serta kesediaan berkhidmat demi agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau berkata, PASKAM turut berperanan memperkenalkan mahasiswa kepada dunia maritim melalui pendedahan terhadap aspek keselamatan, penguatkuasaan, kepimpinan dan tanggungjawab mempertahankan kepentingan serta kedaulatan negara di laut.

Sehingga kini, seramai 240 kadet aktif PASKAM berada di tiga universiti berkenaan, melibatkan 94 kadet di UMPSA, 65 kadet di UMT dan 81 kadet di UniMAP.

Menurut beliau, kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan institusi pengajian tinggi menerusi PASKAM bukan sahaja memperkukuh pembangunan modal insan, malah menjadi platform melahirkan bakal pemimpin muda yang memiliki sahsiah unggul, ketahanan diri, semangat patriotisme dan kesedaran tinggi terhadap keselamatan maritim negara.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed berkata, penganjuran majlis secara bersama melibatkan tiga universiti awam merupakan satu detik bersejarah dalam perkembangan PASKAM di institusi pengajian tinggi negara.

Menurut beliau, sejak penubuhannya pada 21 September 2016, PASKAM telah berkembang daripada sebuah platform latihan beruniform kepada medium pembangunan kepimpinan mahasiswa yang menekankan disiplin, integriti, semangat berpasukan dan kesiapsiagaan.

"PASKAM bukan sekadar membentuk mahasiswa yang berdisiplin, malah melahirkan individu yang mampu membuat keputusan secara matang, memimpin dengan berintegriti serta sentiasa bersedia memikul tanggungjawab apabila diperlukan," katanya.

Beliau turut menyifatkan kerjasama antara UMPSA dan Maritim Malaysia sebagai satu ekosistem strategik yang menyokong pembangunan modal insan dan ilmu, termasuk menerusi penerbitan buku OP NAGA BARAT: Analisis Strategi, Ekonomi dan Pendakwaan dari Perspektif Maritim Malaysia, yang memperkukuh pemahaman berkaitan keselamatan maritim daripada perspektif strategik, ekonomi, perundangan dan penguatkuasaan.

Pentauliahan 127 Leftenan Muda PASKAM ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berdisiplin, berintegriti, berwibawa serta memiliki semangat patriotisme yang tinggi dalam mendukung usaha memperkukuh keselamatan dan kedaulatan maritim negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC