PELABUHAN KLANG, 2 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah bagi dua aset utama Maritim Negeri Selangor iaitu KM BAGAN DATUK dan KM DANGA, yang berlangsung di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor, hari ini.
Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh, serta dihadiri pegawai kanan dan anggota pelbagai unit di bawah pentadbiran Maritim Negeri itu.
Dalam majlis berkenaan, jawatan Pegawai Memerintah KM DANGA diserahkan oleh Leftenan Komander Maritim Muhammad Rasul bin Abu Bakar Ah kepada Leftenan Komander Maritim Muhammad Nur Hafizul bin Md Zamri. Manakala bagi KM BAGAN DATUK, Leftenan Komander Maritim Mohd Fakhri bin Che Jaafar menerima tugas daripada Leftenan Komander Maritim Mohd Asri bin Zahari.
Peralihan kepimpinan ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh struktur organisasi serta memastikan kesinambungan kecemerlangan operasi penguatkuasaan di perairan Selangor, khususnya dalam menangani pencerobohan nelayan asing, aktiviti penyeludupan dan operasi mencari serta menyelamat (CARILAMAT).
Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa peranan Pegawai Memerintah bukan sekadar mengetuai pelayaran, malah memikul amanah besar menjaga aset strategik negara. Penekanan turut diberikan terhadap disiplin kru, kesiapsiagaan teknikal kapal serta pelaksanaan penguatkuasaan secara tegas tanpa kompromi demi memastikan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai terdahulu atas khidmat bakti yang dicurahkan, di samping mengucapkan selamat bertugas kepada pegawai baharu.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kesinambungan kepimpinan dan komitmen berterusan Maritim Malaysia.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

