KUANTAN, 4 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang telah mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman keluarga Allahyarham Romlee bin Omar, 68, bapa kepada Bintara Muda Maritim Zahidi bin Romlee, anggota Kapal Maritim (KM) MARLIN, Maritim Negeri Sarawak, yang telah meninggal dunia kira-kira pukul 11.00 pagi semalam di Felda Bukit Sagu 1,di sini.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan Mat Rejab berkata, lawatan itu sebagai tanda sokongan moral dan solidariti warga agensi terhadap anggota yang sedang berdepan kehilangan ahli keluarga tersayang.
“Maritim Malaysia sentiasa menitikberatkan kebajikan warganya. Lawatan ini adalah tanda keprihatinan dan sokongan berterusan pihak pengurusan kepada anggota serta keluarga mereka, khususnya dalam saat-saat sukar seperti ini,” jelas beliau.
Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan turut berkata, kebersamaan dan sokongan moral amat penting dalam memastikan kesejahteraan anggota kekal terpelihara, sekali gus membolehkan mereka terus berkhidmat dengan komited.
Dalam lawatan tersebut, beliau telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada keluarga Allahyarham sebagai simbol solidariti dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kebajikan anggota.
Turut mengiringi beliau, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi Md Nor bersama beberapa pegawai dan anggota Maritim Negeri Pahang.
Sementara itu jenazah Allahyarham Romlee telah disolatkan serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Bukit Sagu 1 selepas solat Asar, semalam.
Maritim Negeri Pahang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

