MERSING, 4 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Daerah Mersing bersama ketua-ketua jabatan dan agensi dalam satu lawatan rasmi yang diadakan di Pejabat Zon Maritim Mersing, semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, lawatan berkenaan menjadi platform penting bagi menyelaras tindakan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi penguat kuasa dan pentadbiran daerah dalam memastikan keselamatan perairan Mersing sentiasa terpelihara.
“Hubungan erat antara Maritim Malaysia dan pihak pentadbiran daerah amat penting bagi memastikan setiap isu berkaitan keselamatan, penguatkuasaan dan kebajikan komuniti maritim dapat ditangani secara bersepadu dan berkesan,” katanya lagi.
Terdahulu, delegasi lawatan yang diketuai Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah, turut disertai Pentadbir Tanah Daerah Mersing, Abdul Hakim Abd Manap Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Abdul Karim Haji Bakar, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani serta ketua-ketua jabatan lain.
Ketibaan delegasi telah disambut Suhaizan bersama pegawai kanan Zon Maritim Mersing sebelum sesi taklimat operasi dan perbincangan dua hala diadakan bagi membincangkan isu keselamatan perairan, pencegahan jenayah rentas sempadan serta kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan maritim.
Bersempena lawatan tersebut, Zon Maritim Mersing turut menganjurkan kursus bertajuk ‘Dua Dekad Berbakti, Ramadan Di Hati’ sempena Sambutan Ulang Tahun ke-21 Maritim Malaysia dan ketibaan Ramadan 1447H.
Program berkenaan memberi penekanan kepada pengukuhan nilai integriti, penerapan nilai Islam serta pembinaan jati diri dalam kalangan pegawai dan anggota, sejajar dengan peranan agensi sebagai benteng hadapan keselamatan perairan negara.
Dalam masa sama, kaunter bayaran zakat fitrah turut dibuka bagi memudahkan warga kerja menunaikan kewajipan sepanjang Ramadan, sekali gus mencerminkan komitmen anggota bukan sahaja dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan, malah menghayati tuntutan agama.
Secara keseluruhannya, program berkenaan dilihat mampu mengukuhkan hubungan antara agensi kerajaan di daerah ini selain memupuk semangat kebersamaan dan profesionalisme dalam kalangan warga Maritim Malaysia.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

