08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LAWATAN KEBAJIKAN 'KUNJUNGAN KASIH' SEMPENA RAMADAN ZIARAH PARA PESARA

KUALA LINGGI, 3 MAC - Satu lawatan kebajikan menerusi program ‘Kunjungan Kasih’ telah diadakan bagi menziarahi dua orang pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Lawatan telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Protokol dan Kerohanian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, Kepten Maritim Razali bin Kasim bersama delegasi yang mewakili Datuk Ketua Pengarah Maritim Malaysia. Turut serta ialah Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria.

Rumah pertama yang diziarahi ialah kediaman Pegawai Waran I Maritim (Bersara) Mohd Rafid bin Taib di Seremban. Beliau kini mengalami strok pada bahagian kanan badan serta menghidap penyakit kencing manis. Mohd Rafid merupakan bapa kepada lima orang anak.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke kediaman Leftenan Komander Maritim (Bersara) Mohamad bin Zainal di Ulu Beranang, Lenggeng. Beliau kini sedang berdepan dengan kanser usus yang telah merebak ke bahagian hati dan tidak lagi dapat menjalani rawatan kemoterapi. Beliau juga merupakan bapa kepada sembilan orang anak.

Dalam lawatan tersebut, pihak Maritim Malaysia turut menyampaikan cenderamata serta sumbangan sebagai tanda ingatan selain membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kedua-dua pesara berkenaan.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan keprihatinan dan semangat kebersamaan warga Maritim Malaysia terhadap pesara yang pernah berbakti kepada negara, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan kemanusiaan serta kepimpinan yang mengutamakan kebajikan warga dan keseimbangan antara tugas serta nilai kemasyarakatan.

Semoga kedua-dua pesara Maritim ini diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.

ZIARAH LINGGI5
 
ZIARAH LINGGI2
 
ZIARAH LINGGI4
 
ZIARAH LINGGI3

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC