08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI PETRONAS KE MARITIM NEGERI SABAH & W.P. LABUAN

KOTA KINABALU, 3 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi PETRONAS yang diketuai oleh Ketua Kumpulan Keselamatan Sabah (Head of Group Security Sabah), Tuan Wynneer Maclean Pugie di Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan baru-baru ini.

Delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik serta mempererat hubungan dua hala antara PETRONAS dan Maritim Malaysia dalam memastikan aspek keselamatan, penguatkuasaan dan kelancaran operasi maritim di perairan Sabah sentiasa berada pada tahap optimum.

Sepanjang sesi perbincangan, pihak PETRONAS telah membentangkan peranan dan fungsi Kumpulan Keselamatan Sabah dalam menyokong operasi huluan syarikat tersebut, termasuk aspek penyelarasan keselamatan bersama agensi penguat kuasa dan pihak berkuasa berkaitan.

Turut disentuh ialah fungsi PETRONAS Sabah & Labuan dalam pengurusan pemegang taruh serta pematuhan kepada keperluan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Selain itu, delegasi turut memberi penerangan mengenai operasi fasiliti gas asli cecair terapung milik PETRONAS Floating LNG termasuk aset strategik luar pesisir seperti PFLNG TIGA.

Perbincangan turut memberi penekanan terhadap kepentingan memastikan keselamatan pelayaran dan kawalan aktiviti maritim di sekitar fasiliti berkenaan agar sentiasa terpelihara daripada sebarang ancaman atau risiko keselamatan.

Dalam pada itu, pihak PETRONAS juga memaklumkan mengenai peranan PCSB SBA UPL dalam menyokong operasi logistik luar pesisir serta perkembangan semasa dan perancangan aktiviti masa hadapan di perairan Sabah, termasuk pelaksanaan kempen seismik yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik demi memastikan perairan Sabah kekal selamat, terjamin dan kondusif bagi pelaksanaan aktiviti ekonomi luar pesisir.

Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan akan terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan serta bekerjasama rapat dengan semua pemegang taruh industri maritim demi kedaulatan dan keselamatan perairan negara.

PETRONAS SABAH2
 
PETRONAS SABAH3

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC