KUCHING, 27 FEBRUARI – Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak telah melaksanakan Program Infaq Ramadan Agihan Buah Tamar bersempena bulan Ramadan bagi tahun 2026 dalam usaha menyemarakkan keberkatan bulan mulia serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga kerja.
Program tersebut diadakan hasil sumbangan buah tamar daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah disalurkan melalui Masjid Darul Naim untuk diagihkan kepada warga Maritim Malaysia yang beragama Islam.
Majlis pengagihan telah berlangsung pada 27 Februari 2026 (Jumaat), sejurus selesai Solat Jumaat bertempat di Masjid Darul Naim. Setiap Seksyen, Unit, Kapal dan Bot telah menghantar wakil yang bermandat bagi mengambil bekalan kurma untuk diagihkan kepada pegawai dan anggota di bahagian masing-masing.
Sebanyak 247 pek buah tamar telah diperuntukkan dan diagihkan kepada pegawai serta anggota beragama Islam melibatkan Pejabat PMN, Seksyen Operasi, Seksyen Pengurusan, Seksyen Siasatan & Dakwaan, Seksyen Logistik, Seksyen Keselamatan, Unit Risik, Unit Selam serta aset-aset laut termasuk KM TUN FATIMAH, KM MARLIN, KM BIJAK, KM CEKAL, KM SRI AMAN, KM KOTA KINABALU, PENYELAMAT 8, PENGAWAL 6, PENGAWAL 42, PENGGALANG 22, KILAT 22 dan KILAT 35.
Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan semangat 'Ramadan Kareem' dalam kalangan warga Maritim Negeri Sarawak, malah turut memperkukuhkan nilai kebajikan, keprihatinan dan ukhuwah sesama anggota selaras dengan budaya kerja berteraskan integriti serta kesejahteraan organisasi.
Maritim Malaysia akan terus menyokong program berbentuk kebajikan dan kerohanian sebagai usaha memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh jati diri warga agensi dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

