09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN MENGGELEDAH BERSAMA TLDM

KOTA KINABALU, 26 FEBRUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan W.P. Labuan telah menyelaras satu latihan praktikal menggeledah melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah platform Jawatankuasa Kerjasama Kerja Kecil APMM–TLDM (J3KAT) Timur, di perairan Kota Kinabalu baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, latihan di bawah kendalian Unit Penguatkuasaan dan Eksesais, Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan itu memfokuskan penyelarasan prosedur, kuasa dan pelaksanaan Rules of Engagement (ROE) bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara teratur serta menepati bidang kuasa kedua-dua agensi.

“Latihan berkenaan penting dalam memastikan operasi di laut berjalan lancar dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan, khususnya dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara termasuk di Laut China Selatan,” tegas Khairulanuar.

Menurut beliau lagi, penyelarasan prosedur antara Maritim Malaysia dan TLDM menjadi keutamaan dalam mengelakkan pertindihan tugas serta memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional dan berhemah.

“Latihan ini melibatkan penyertaan pegawai serta anggota daripada Markas Pemerintahan Armada Timur TLDM.

“Ia telah dikendalikan oleh pegawai Subject Matter Expert (SME) Maritim Malaysia iaitu Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin dan Bintara Kanan Maritim Meor Mohd Rashidi Abdul Karim yang berpengalaman luas dalam operasi penguatkuasaan di laut,” ujar beliau.

Beliau dalam pada itu turut memaklumkan, latihan tersebut turut melibatkan Bot PENGAWAL 38 milik Maritim Malaysia dan sebuah bot TLDM, dengan penyertaan dua pasukan menggeledah TLDM yang masing-masing terdiri daripada seorang pegawai dan lima anggota.

Antara pengisian utama latihan ialah aspek persediaan sebelum menggeledah, prosedur pemeriksaan, kuasa serta bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang selain pelaksanaan ROE ketika berdepan situasi sebenar di laut.

Pendekatan latihan secara praktikal itu memberi penekanan kepada simulasi operasi sebenar bagi meningkatkan tahap kompetensi dan kecekapan anggota di lapangan.

Khairulanuar menegaskan, inisiatif di bawah J3KAT Timur itu membuktikan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh kerjasama strategik, kesiapsiagaan operasi dan keupayaan penguatkuasaan maritim negara.

Kerjasama erat ini diyakini mampu mempertingkat keupayaan tindak balas terhadap sebarang ancaman keselamatan serta aktiviti pelanggaran undang-undang di perairan negara, sekali gus memastikan kedaulatan maritim Malaysia terus terpelihara.

GELEDAH TLDM2
 
GELEDAH TLDM4
 
GELEDAH TLDM5
 
GELEDAH TLDM3

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC