KUANTAN, 20 FEBRUARI – Seramai 56 kadet Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalani latihan intensif selama lima hari bermula 12 hingga 16 Februari di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pendekatan latihan yang menyamai rutin pelatih pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bertujuan membina ketahanan mental, disiplin tinggi dan kepimpinan dalam kalangan kadet.
“Latihan ini dirangka berasaskan modul sebenar pelatih pegawai supaya kadet memahami standard, tekanan dan tanggungjawab sebagai barisan hadapan keselamatan perairan negara,” katanya.
Kem Tahunan dan Pengukuhan PASKAM UMPSA Siri 2/2024 ini melibatkan 10 Pegawai Leftenan Muda Siri 1/2023 dan 46 Kadet Siri 2/2024, dibimbing seorang pegawai penyelaras serta empat jurulatih.
Sepanjang kem, peserta menjalani latihan Smoke House dan pengendalian kebanjiran kapal di tapak Mengawal Kebanjiran dan Melawan Api (MKMA), selain abseiling, teori penggeledahan, komunikasi serta navigasi.
“Mereka turut diuji menerusi larian berhalangan, latihan litar kecergasan dan penilaian akhir bagi mengukur tahap kefahaman serta keupayaan bertindak dalam situasi berisiko,” tambah beliau.
Pengisian turut merangkumi Standby Bed, Early Morning Activity (EMA) di Drill Shed serta program kerohanian termasuk solat berjemaah di Masjid Al-Mustaghfirin, bagi memastikan keseimbangan fizikal dan spiritual.
Majlis penutup telah disempurnakan Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi Md Nor yang turut berkesudian menyampaikan hadiah kepada kumpulan terbaik sebelum sesi bergambar di Dataran Helang AMSAS.
Program itu dilihat bukan sekadar latihan tahunan, sebaliknya platform strategik memperkukuh jati diri dan profesionalisme kadet PASKAM UMPSA sebagai pelapis kepimpinan maritim negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

