PUTRAJAYA, 8 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan operasi dan tadbir urus keselamatan maritim negara selaras dengan amanat yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, sempena Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2026 di sini, hari ini.
Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim serta Pengarah-pengarah Maritim Negeri dan Bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, melambangkan kesepaduan kepimpinan agensi dalam mendukung hala tuju strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tahun 2026.
Majlis dimulakan dengan kehadiran warga KDN serta ketua-ketua jabatan dan agensi, diikuti ketibaan barisan pengurusan tertinggi kementerian, antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah dan Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman. Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam berkumandang di dalam dewan, diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa.
Dalam amanat Menteri Dalam Negeri, beliau menegaskan agar setiap penjawat awam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh integriti, akauntabiliti dan profesionalisme, selain memastikan imej jabatan sentiasa mencerminkan disiplin serta kepercayaan rakyat terhadap institusi keselamatan negara.
Penegasan tersebut sejajar dengan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan nasional di perairan negara agar sentiasa terpelihara, melalui penguatkuasaan undang-undang, operasi CARILAMAT, kawalan sempadan maritim serta pencegahan jenayah rentas sempadan.
Majlis Amanat ini turut menyaksikan peluncuran Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2026–2030 dan Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Negara KDN 2026–2030, yang menjadi panduan utama Maritim Malaysia dalam memperkukuh keupayaan aset, sumber manusia dan koordinasi antara agensi keselamatan, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.
Kehadiran kepimpinan tertinggi dan pengurusan Maritim Malaysia dalam majlis ini mencerminkan iltizam agensi untuk terus menyokong dasar dan keutamaan strategik KDN, sekali gus memperkasa kesiapsiagaan maritim negara demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara secara menyeluruh.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

