09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

PROGRAM SAHABAT MARITIM 'BACK TO SCHOOL' : BANTU 50 PELAJAR KURANG BERKEMAMPUAN

PASIR PUTEH, 6 JANUARI – Maritim Negeri Kelantan, dengan kerjasama Pusat Pakaian Hari-Hari telah menganjurkan Program Sahabat Maritim 'Kembali Ke Sekolah' (Back to School) sebagai persediaan menyambut sesi persekolahan baharu untuk tahun 2026, pagi tadi.

Program yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi itu diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban keluarga nelayan setempat melalui pemberian sumbangan kelengkapan persekolahan kepada murid-murid dari keluarga asnaf dan golongan kurang berkemampuan.

Pelaksanaan program ini diharap dapat memberi sokongan moral serta meningkatkan motivasi para murid tersebut dalam meneruskan persekolahan, di samping mengukuhkan hubungan di antara Maritim Negeri Kelantan dengan komuniti setempat.

Bagi memastikan sumbangan tersebut benar-benar diterima oleh golongan yang memerlukan, Maritim Negeri Kelantan turut bekerjasama dengan pihak sekolah yang mengambil bahagian bagi mendapatkan nasihat dan maklumat yang tepat.

Hasil kerjasama tersebut, seramai 50 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Tok Bali dan Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku telah terpilih menerima sumbangan kelengkapan persekolahan tersebut.

Untuk rekod, dalam kalangan penerima sumbangan tersebut, seramai tujuh orang murid telah mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dan dua orang murid pula telah berjaya mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sekali gus mencerminkan potensi yang cemerlang anak-anak nelayan ini wajar dijadikan contoh kepada yang lain.

Dalam ucapannya, Pengarah Maritim Negeri Kelantan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak termasuk penaja dan sekolah dalam menjayakan program ini.

Beliau turut menyatakan hasrat agar Program Sahabat Maritim - ‘Back to School’ ini dapat diteruskan pada masa akan datang menjelang sesi persekolahan baharu sebagai acara tahunan.


B2S KELANTAN2
 
B2S KELANTAN3
 
B2S KELANTAN4
 
B2S KELANTAN5
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC