MERSING, 1 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing telah menerima lawatan kerja rasmi daripada Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Johor, Kapten Bersara Addy Husszairi bin Husin bertempat di Ibu Pejabat Zon Maritim Mersing, semalam.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, lawatan kerja ini bertujuan meninjau tahap pengurusan keselamatan, pematuhan dasar keselamatan perlindungan serta memperkukuhkan kerjasama strategik antara CSGO dan Maritim Malaysia khususnya Zon Maritim Mersing.
Ketibaan delegasi telah disambut oleh Komander Zon Maritim Mersing bersama barisan pegawai kanan zon. Program dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan fungsi, peranan dan pencapaian Zon Maritim Mersing, diikuti dengan perbincangan mengenai aspek keselamatan fizikal, dokumen terperingkat serta pengurusan keselamatan di peringkat zon.
Dalam pada itu, Addy Husszairi dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan atas komitmen dan tahap kesiapsiagaan Zon Maritim Mersing dalam memastikan keselamatan aset, maklumat dan operasi sentiasa berada pada tahap terbaik selaras dengan Arahan Keselamatan Kerajaan.
Lawatan kerja ini turut merangkumi sesi pemeriksaan kemudahan serta lawatan sekitar kawasan zon bagi melihat pelaksanaan langkah-langkah keselamatan yang telah dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, lawatan kerja rasmi ini dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan terhadap aspek keselamatan kerajaan demi kelancaran operasi dan kepentingan keselamatan negara.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

