PUTRAJAYA, 11 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyatakan komitmen penuh untuk memperkukuh keselamatan maritim negara selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menegaskan perlunya semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) melaksanakan tindakan segera isu-isu yang mendatangkan keresahan masyarakat di negara ini.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, mesej menteri itu menjadi peringatan jelas bahawa penguatkuasaan maritim perlu dipertingkatkan khususnya melibatkan cubaan menyeludup masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) serta aktiviti pemerdagangan migran ke negara ini yang hangat diperkatakan di seluruh negara.
“Maritim Malaysia akan memastikan menjelang 2026, setiap Maritim Negeri dan Zon Maritim akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan di kawasan hotspot yang dikenal pasti melibatkan aktiviti jenayah maritim khususnya kemasukan PATI dan migran.
“Kepimpinan Maritim Malaysia di semua peringkat kini diarahkan memberi perhatian penuh kepada pemantauan operasi, keberkesanan rondaan, serta kesiapsiagaan penguatkuasaan menjelang tahun 2026,” tegas Datuk Haji Mohd Rosli.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Program Perhimpunan Bulanan KDN bulan Disember di Putrajaya pagi tadi.
Terdahulu, YB Datuk Seri Saifuddin dalam ucapannya menegaskan, KDN perlu menangani segera punca keresahan rakyat termasuk isu PATI dan pengeludupan migran.
“Kes seperti kematian dalam lokap, eksploitasi manusia dan isu diskriminasi pelarian akan menjadi perhatian badan antarabangsa seperti pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR),” jelas beliau.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Datuk Haji Mohd Rosli berkata, Maritim Malaysia memainkan peranan kritikal kerana perairan negara merupakan laluan masuk utama aktiviti migran dan sindiket penyeludupan manusia.
“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan aktiviti berkenaan. Kami akan memperketat pengawasan di laut, meningkatkan rondaan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menceroboh masuk melalui zon maritim negara,” tegasnya.
Dengan langkah pemantauan yang diperketat dan penguatkuasaan yang lebih agresif, Maritim Malaysia yakin keselamatan perairan negara akan berada pada tahap lebih kukuh dan berkesan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

