08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TERUSKAN PROGRAM SHIP TOUR KE KAPAL ICGS VIGRAHA

PELABUHAN KLANG, 9 DISEMBER – Seusai sesi sambutan ketibaan Kapal ICGS VIGRAHA milik Indian Coast Guard di Port Klang Cruise Terminal, delegasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneruskan program lawatan kapal (ship tour) sebagai sebahagian daripada atur cara rasmi kunjungan tersebut.

Lawatan tersebut diketuai oleh Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne, bersama pegawai serta anggota Maritim Malaysia yang turut menyertai sesi tinjauan dan libat urus bersama kru ICGS VIGRAHA.

Sepanjang ship tour, delegasi diberi penerangan terperinci mengenai keupayaan kapal termasuk sistem navigasi, platform operasi, peralatan misi, serta peranan vesel tersebut dalam memastikan keselamatan perairan India. Tinjauan turut meliputi ruang kawalan, dek operasi serta fasiliti utama yang digunakan dalam misi rondaan dan menyelamat.

Sesi berkenaan membuka ruang pertukaran ilmu dan pemahaman mengenai prosedur operasi antara kedua-dua agensi, selain mengukuhkan hubungan kerja dalam aspek keselamatan maritim, operasi carilamat serta kerjasama operasi di perairan serantau.

Lawatan ini merupakan kesinambungan penting daripada sambutan ketibaan kapal dan menggambarkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama maritim antara Malaysia dan India.

ICGS MMEA
 
ICGS MMEA4
 
ICGS MMEA2
 
ICGS MMEA5

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC