PULAU PINANG, 26 NOVEMBER - Program Libat Urus OP REDBACK 21 hari ini menghimpunkan komuniti nelayan dari kawasan Jelutong, Sungai Gelugor dan Teluk Kumbar dalam satu sesi libat urus yang memberi tumpuan kepada keselamatan maritim, perkongsian maklumat serta langkah-langkah pencegahan insiden di perairan setempat.
Program dimulakan dengan ucapan oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli, yang menekankan bahawa komuniti nelayan pesisir merupakan rakan strategik penting dalam membantu mengesan aktiviti mencurigakan, pergerakan bot asing dan sebarang ancaman yang berpotensi menjejaskan keselamatan perairan negeri.
Beliau turut merakamkan penghargaan atas kerjasama berterusan komuniti yang telah lama menjadi tulang belakang kepada keberkesanan rondaan dan tindakan operasi Maritim Malaysia.
Ucapan seterusnya disampaikan oleh Deputy Commander Maritime Border Command (MBC), Commander Linda Cappello, yang mengetuai delegasi Australia bagi program tersebut.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan maritim memerlukan pemahaman bersama antara agensi penguat kuasa dan masyarakat, khususnya di kawasan pesisir yang menjadi laluan utama bot kecil dan vesel yang berisiko disalahgunakan untuk kegiatan penyeludupan atau pemerdagangan migran.
Menurut beliau, maklumat awal daripada komuniti sering menjadi pemangkin kepada kejayaan operasi rentas sempadan.
Program diteruskan dengan taklimat Preventive Search and Rescue (SAR), yang memberi pendedahan praktikal kepada komuniti nelayan mengenai faktor risiko di laut, kepentingan pematuhan keselamatan, penggunaan jaket keselamatan, perancangan perjalanan, serta maklumat penting yang perlu dikongsi ketika membuat laporan kecemasan.
Taklimat ini memberi penekanan kepada pencegahan sebagai kaedah utama mengurangkan kehilangan nyawa di laut.
Sesi berikutnya merangkumi dialog terbuka antara komuniti dan delegasi Maritim Malaysia serta ABF. Nelayan dari Jelutong, Sungai Gelugor dan Teluk Kumbar mengemukakan isu berkaitan keadaan muara, trafik bot luar, cabaran operasi pada waktu malam dan keperluan rondaan berkala di kawasan tertentu. Pegawai bertugas memberikan maklum balas berkaitan tindakan mitigasi serta saluran pelaporan yang disediakan di bawah pelaksanaan OP REDBACK 21.
Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan kepada wakil komuniti sebagai penghargaan atas kerjasama mereka dalam menjayakan sesi libat urus ini serta komitmen berterusan mereka terhadap keselamatan perairan negeri.
Melalui penglibatan aktif komuniti pesisir, OP REDBACK 21 terus memperkukuh ekosistem keselamatan maritim yang berlandaskan kerjasama, kepercayaan dan kesedaran bersama.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

