08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PROGRAM PENYERAHAN BANTUAN MANGSA BANJIR NEGERI PERLIS

KANGAR, 27 NOVEMBER – Kerajaan Negeri Perlis semalam menerima bantuan berupa bakul makanan bagi keperluan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melalui satu majlis penyerahan yang diadakan di Dewan Banquet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (SUK Perlis).

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom yang menyerahkan bantuan tersebut kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, YB Dato’Rahimi bin Ismail.

Program berkenaan adalah hasil kerjasama diantara Zon Maritim Kuala Perlis bersama Glide Technology Sdn. Bhd, serta turut melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Perlis.

Hadir sama ialah Pengarah APM Negeri Perlis,Mohd Izaimi bin Md Daud, pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Perlis, wakil Glide Technology Sdn. Bhd., serta pegawai Zon Maritim Kuala Perlis.

Bantuan bakul makanan ini disalurkan bagi menyokong keperluan asas mangsa banjir yang kini ditempatkan di PPS seluruh negeri, khususnya dalam memastikan mereka menerima bekalan yang mencukupi sepanjang tempoh bencana.

Kerajaan Negeri Perlis menzahirkan penghargaan kepada semua agensi terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Inisiatif ini mencerminkan kesungguhan pelbagai pihak dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan serta memperkukuh kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi situasi banjir.

 

BANTUAN PERLIS2
 
BANTUAN PERLIS3
 
BANTUAN PERLIS4
 
BANTUAN PERLIS5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC