PUCHONG, 12 NOVEMBER – Seramai 20 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dari seluruh negara berjaya memperoleh Lesen Memandu Kelas E dan Goods Driving License (GDL) selepas berjaya menamatkan kursus intensif anjuran Bahagian Pengangkutan, Maritim Malaysia, selama empat hari bermula 3 hingga 6 November di METRO Driving Academy (Puchong) Sdn. Bhd.
Pengarah Bahagian Pengangkutan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Haji Nik Kamaruddin bin Yunoh berkata, penganjuran kursus ini adalah langkah strategik untuk memastikan setiap anggota memiliki kemahiran profesional dalam mengendalikan kenderaan berat dan aset logistik darat.
“Anggota Maritim Malaysia bukan sahaja perlu cekap di laut, tetapi juga mahir mengurus dan mengendalikan aset darat yang menjadi tulang belakang kepada operasi agensi ini,”
“Kecekapan ini penting bagi memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan keseluruhan operasi agensi,” katanya lagi.
Sepanjang kursus, peserta diberikan pendedahan teori dan latihan amali merangkumi undang-undang jalan raya, keselamatan pemanduan, latihan di litar, teori GDL serta simulasi penghantaran muatan komersial.
Menariknya, kesemua peserta lulus ujian praktikal Lesen Kelas E dan GDL pada percubaan pertama, sekali gus mencerminkan tahap kesediaan dan komitmen tinggi anggota Maritim Malaysia.
“Kejayaan ini membuktikan kesungguhan Maritim Malaysia dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh keupayaan logistik darat sebagai sokongan utama operasi maritim di seluruh negara,” tegas Nik Kamaruddin.
Maritim Malaysia akan meneruskan inisiatif seumpama ini secara berterusan bagi memastikan setiap anggota berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan terus menjadi benteng utama keselamatan perairan negara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

