PASIR PUTEH, 9 NOVEMBER – Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, telah menerima kunjungan hormat oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Datuk Khairul Anwar bin Soib pagi semalam.Kunjungan hormat ini dilakukan dalam rangka lawatan sempena Eksesais Gerak Pantas Siri 26/2025 yang dilaksanakan di negeri Kelantan. Pertemuan ini turut menjadi medan perkongsian maklumat mengenai fungsi teras agensi, keupayaan aset, serta potensi kolaborasi bersama dalam mempertingkatkan kecekapan operasi keselamatan dan penguatkuasaan maritim pada masa hadapan.Sementara itu, pada pagi hari ini, Maritim Malaysia turut memberikan sokongan terhadap pelaksanaan Eksesais tersebut dengan menugaskan aset Maritim sebagai bot keselamatan (safety boat) sepanjang latihan dijalankan selain turut menggunakan tapak tanah agensi sebagai salah satu lokasi latihan, bagi memudahkan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan eksesais.Penglibatan ini menzahirkan kerjasama yang erat dan semangat sinergi antara dua agensi keselamatan utama negara, sekaligus memastikan latihan dijalankan dengan lancar, selamat dan berkesan.Inisiatif ini juga selaras dengan Teras 7 Ketua Pengarah Maritim Malaysia, iaitu pengukuhan jalinan bersama agensi keselamatan dan pertahanan lain demi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.Kunjungan berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar kenangan, melambangkan semangat kebersamaan serta hubungan erat antara Maritim Malaysia dan Tentera Darat Malaysia dalam memperkukuh sinergi keselamatan negara.
VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN
MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN
MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA
SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT
BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA
DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN
MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA
PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.
Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.
Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.
Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.
"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.
Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

















.svg.png)

