10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

MARITIM MALAYSIA SERTAI SAMBUTAN WORLD DAY AGAINST TRAFFICKING IN PERSONS (WDAT) 2025

PUTRAJAYA, 10 NOVEMBER — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (World Day Against Trafficking in Persons – WDAT 2025) yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya, sebagai tanda sokongan terhadap usaha di peringkat antarabangsa bagi mengekang jenayah pemerdagangan orang yang menafikan hak asasi kemanusiaan.
Majlis disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman serta Setiausaha Bahagian MAPO, Dr. Azalia binti Mohamed.
Turut hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, diiringi Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah bersama barisan pegawai kanan serta anggota Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut menerima Sijil Penghargaan Penarafan Tahap 2 bagi Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang Tahun 2024.
Selain itu, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve turut menerima Sijil Pelantikan Victim Identification Champion (VIC) bagi lapan pegawai Maritim Malaysia yang dilantik sebagai wakil dalam usaha mengenal pasti dan melindungi mangsa pemerdagangan orang.
Sambutan ini menzahirkan komitmen KDN melalui Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk memperkukuh usaha penguatkuasaan, melindungi mangsa serta memperluas kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dalam membanteras jenayah rentas sempadan ini.
Sebagai salah satu badan penguat kuasa di laut, Maritim Malaysia terus mendukung misi nasional ini bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran melalui operasi bersepadu bersama agensi strategik lain dari dalam dan luar negara serta sentiasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang perairan negara.


KDN MAPO2
 
KDN MAPO5
 
KDN MAPO3
 
KDN MAPO6
Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC