21
Sel, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA CADANG SEWA JETI SWETTENHAM PIER UNTUK PENEMPATAN ASET OPERASI

PULAU PINANG, 8 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang meneliti cadangan penyewaan Jeti Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) sebagai pangkalan baharu bagi penempatan kapal dan bot operasi Maritim Negeri Pulau Pinang.
Cadangan itu dibincangkan dalam satu sesi pertemuan rasmi antara Maritim Malaysia dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) di Pejabat PPSB, Penang Sentral semalam, bagi menilai potensi kemudahan jeti strategik tersebut sebagai pusat pengoperasian aset maritim di utara Semenanjung Malaysia.
Delegasi Maritim Malaysia diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham Ibrahim, bersama Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya Shahiruddin, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Mohd Ilham Udin, Pengarah Bahagian Perolehan, Rosli Bidin, serta beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat dan Maritim Negeri Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli memaklumkan, perbincangan hampir dua jam itu turut meneliti aspek teknikal, logistik dan keselamatan bagi memastikan SPCT mampu menampung keperluan pengoperasian aset maritim secara optimum.
“Cadangan tersebut dijangka meningkatkan keupayaan logistik, keberkesanan penguatkuasaan dan kesiapsiagaan operasi Maritim Malaysia, terutamanya di kawasan perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang menjadi laluan utama aktiviti maritim,” tambah beliau selepas hadir pada sesi perbincangan itu semalam.
Hasil pertemuan itu menunjukkan kesepakatan positif antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di perairan negara.
Maritim Malaysia percaya usaha ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh infrastruktur dan keupayaan pengoperasian agensi itu di utara tanah air.


PENANG SEWA4
 
PENANG SEWA3
 
PENANG SEWA2
 
PENANG SEWA5
Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC