SEMPORNA, 2 NOVEMBER – Kerajaan terus memperkukuh keselamatan dan kedaulatan negara apabila sebanyak RM65.28 juta telah dibelanjakan bagi projek pembinaan Kompleks Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna, sebuah fasiliti strategik yang bakal menjadi benteng hadapan kawalan maritim di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESS ZONE).
Majlis Penyerahan Separa Projek Siap Kompleks Zon Maritim Semporna yang diadakan hari ini menandakan kejayaan penting dalam pembangunan infrastruktur keselamatan negara.
Penyerahan projek ini dilaksanakan antara Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai agensi pelaksana, kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) selaku pemilik projek, dan telah disaksikan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan.
Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah.
Terdahulu dalam ucapannya, YB Datuk Seri Saifuddin menyatakan, pembinaan kompleks ini membuktikan bahawa Sabah tidak pernah dipinggirkan, sebaliknya terus menjadi keutamaan Kerajaan dalam aspek keselamatan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Jelasnya lagi, di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan MADANI melalui KDN sentiasa memberikan perhatian dalam memperkukuh keselamatan di seluruh negeri ini.
Terletak di Batu 1, Jalan Bubul, Tampi-Tampi, Semporna, kompleks ini dibangunkan di lokasi strategik berhampiran perairan Filipina dan Indonesia.
Kompleks ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan utama termasuk bangunan pentadbiran utama, bangunan sokongan dan logistik, jeti operasi dan marina untuk kapal serta bot Maritim Malaysia, helipad bagi operasi udara, padang kawad, gelanggang sukan serta kuarters perumahan anggota.
“Apabila siap sepenuhnya, kompleks ini akan menjadi pusat operasi dan rondaan utama Zon Maritim Semporna, selain berfungsi sebagai hab koordinasi keselamatan dan latihan bersama ESSCOM, PDRM dan TLDM,” jelas beliau
Kemudahan moden yang disediakan diyakini mampu memperkukuh keselamatan perairan Sabah, khususnya di kawasan Pantai Timur yang sering berdepan ancaman penyeludupan, kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan jenayah rentas sempadan.
“Kompleks ini akan membolehkan pasukan Maritim Malaysia bertindak lebih pantas dan efisien terhadap sebarang insiden keselamatan maritim, di samping meningkatkan kehadiran aset serta moral anggota di lapangan,” ujar Datuk Seri Saifuddin lagi.
Majlis pada hari ini juga menandakan satu lagi kejayaan besar dalam usaha Kerajaan memperkukuh infrastruktur keselamatan maritim negara, sejajar dengan hasrat Malaysia MADANI iaitu mengambil pelbagai ikhtiar bagi memperkukuh keselamatan negara agar terus aman, selamat dan berdaulat.
.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

