08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

SESI LIBAT URUS SEKTOR KESELAMATAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BERSAMA MARITIM NEGERI KEDAH DAN PERLIS

LANGKAWI, 2 NOVEMBER – Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman, hari ini mengadakan sesi libat urus bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis bagi memperkukuh kerjasama strategik serta memperhalusi aspek keselamatan di perairan sempadan negara.

Kunjungan rasmi beliau bersama delegasi 20 pegawai kanan KDN telah disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki, bersama barisan pegawai kanan Maritim Malaysia di Jeti Maritim Langkawi.

Ketibaan Dato’ Haji Abdul Halim disambut dengan Kawalan Kehormatan Setempat (KKS) sebelum beliau menandatangani Buku Pelawat dan mengabadikan sesi bergambar rasmi sebagai simbolik lawatan kerja tersebut.

Sesi libat urus ini memberi ruang perbincangan dua hala yang memfokuskan kepada isu keselamatan maritim di sempadan utara negara, termasuk penyelarasaan operasi penguatkuasaan, cabaran lapangan, serta pendekatan bersepadu antara agensi di bawah KDN bagi memastikan tahap keselamatan perairan negara sentiasa terkawal.

Delegasi KDN turut dibawa menyertai pelayaran sekitar perairan Langkawi menaiki kapal KM GAGAH, di mana mereka diberi taklimat operasi dan demonstrasi keupayaan aset Maritim Malaysia dalam melaksanakan rondaan, pemantauan serta penguatkuasaan undang-undang maritim.

Lawatan diakhiri dengan Sunset Ceremony, upacara tradisi penuh istiadat Maritim Malaysia yang melambangkan disiplin, semangat juang dan kehormatan pasukan terhadap tugas serta tanggungjawab yang dipikul.

Sesi ini memperlihatkan komitmen berterusan antara KDN dan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta keselamatan maritim negara, khususnya di kawasan sempadan yang menjadi tumpuan strategik penguatkuasaan dan kawalan perairan.

 

KDN MNKP4
 
KDN MNKP3
 
KDN MNKP5
 
KDN MNKP
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC