KUANTAN, 31 OKTOBER — Bagi memperkukuh kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di laut, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menganjurkan Kursus Search & Rescue (SAR) Fundamental bermula 27 hingga 31 Oktober 2025, bertempat di AMSAS, Kuantan.
Kursus selama lima hari ini melibatkan penyertaan 20 peserta dari seluruh negara, terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan operasi SAR.
Program latihan ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh mengenai konsep asas, prosedur dan tatacara operasi SAR mengikut piawaian antarabangsa, di samping memperkukuh kemahiran koordinasi, pengurusan insiden, penggunaan peralatan serta aspek keselamatan semasa operasi sebenar.
Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal intensif, termasuk simulasi insiden kecemasan di laut yang menguji kecekapan, kerjasama serta kebolehan membuat keputusan dalam situasi sebenar.
Menariknya, peserta yang memenuhi kriteria dan menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus ini akan dipertimbangkan untuk menyertai Kursus Lanjutan Search & Rescue Planner, sebagai pengiktirafan terhadap keupayaan dan potensi mereka untuk memainkan peranan lebih besar dalam perancangan operasi SAR pada masa hadapan.
Penganjuran kursus ini merupakan antara usaha berterusan Maritim Malaysia dalam melahirkan anggota yang kompeten, berdisiplin dan profesional, seiring dengan peranan agensi sebagai penyelaras utama operasi mencari dan menyelamat maritim di perairan negara.
Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuh pembangunan kompetensi dan kesiapsiagaan anggota melalui latihan berterusan, bagi memastikan keselamatan nyawa serta kesejahteraan perairan negara sentiasa terpelihara.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

