08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI MARITIM MALAYSIA 2025 BERSAMA AADK

KOTA KINABALU, 30 OKTOBER – Program Pengukuhan Integriti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tahun 2025 bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia telah berlangsung di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, semalam.

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Puan Nur Kamariah binti Abd Rahim, Pengarah Unit Integriti, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Program ini melibatkan seramai 60 orang peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Maritim Malaysia termasuk wakil daripada zon-zon maritim di bawah pentadbiran Maritim Negeri Sabah.

Penganjuran program ini bertujuan memupuk kesedaran dan penghayatan warga Maritim Malaysia terhadap nilai-nilai integriti dalam sektor awam, di samping memperkukuh budaya kerja beretika serta bebas daripada sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengarah Maritim Negeri Sabah, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali menegaskan, pengukuhan integriti merupakan tunjang utama dalam memperkasakan organisasi agar terus kekal berwibawa, telus, dan dipercayai oleh masyarakat.

Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif seperti ini amat penting dalam memastikan setiap warga Maritim Malaysia melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan profesionalisme.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Unit Integriti dan AADK Malaysia atas kerjasama strategik dalam menjayakan program ini yang dilihat mampu memperkukuh nilai moral serta meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dan isu integriti dalam perkhidmatan awam.

 

UI AADK
 
UI AADK3
 
UI AADK4
 
UI AADK5

 

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC