PUTRAJAYA, 30 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa berada di tahap tertinggi menerusi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama Kerja (J2KAT) yang diadakan di Putrajaya, semalam.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah dan Asisten Ketua Staf Bahagian Operasi dan Latihan (MTL-OPLAT) TLDM, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin.
Dalam ucapan aluan, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi menegaskan bahawa platform J2KAT berperanan penting dalam membincang serta menyelaras isu-isu berkaitan operasi, latihan dan peningkatan keupayaan (capacity building) di antara kedua-dua perkhidmatan itu.
“TLDM dan Maritim Malaysia merupakan agensi utama yang bertanggungjawab terhadap keselamatan maritim negara. Justeru, segala isu keselamatan atau insiden yang berlaku di perairan negara, perlu ditangani secara bersama demi menjaga kedaulatan serta melindungi khazanah laut yang menjadi salah satu sumber penting ekonomi negara,” ujar beliau.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas komitmen kedua-dua pihak dalam menjayakan pelbagai inisiatif kerjasama sejak pelaksanaan mesyuarat J2KAT yang lalu.
“Saya difahamkan banyak perkara yang telah diputuskan sebelum ini telah pun diambil tindakan sewajarnya. Oleh itu, mesyuarat kali ini menjadi medan untuk menilai kemajuan yang dicapai serta membincangkan cadangan baharu ke arah memperkukuh sinergi operasi di antara Maritim Malaysia dan TLDM,” tambahnya.
Diharapkan menerusi hubungan erat di antara kedua-dua pihak ini, ia dapat terus memperkukuh keselamatan dan kedaulatan Perairan Malaysia.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

