MERSING, 29 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Mersing berjaya melaksanakan Misi Bantuan Platform bagi menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk di beberapa pulau iaitu Pulau Pemanggil, Pulau Aur, Pulau Tinggi dan Pulau Sibu dari 26 hingga 28 Oktober lalu.
Misi bantuan yang diselaraskan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) dengan kerjasama Nestlé Malaysia dan Yayasan Yara, bertujuan membantu komuniti pulau yang terjejas dan sukar mendapat akses kepada bekalan asas khususnya menjelang musim tengkujuh.
Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, Maritim Malaysia menggerakkan aset kapal KM PERWIRA, KM MANJUNG dan bot PENGGALANG 43 sebagai platform utama bagi menyalurkan bantuan makanan kepada 180 ketua isi rumah yang terdiri daripada komuniti nelayan dan penduduk pulau yang tinggal jauh dari tanah besar.
Turut serta dalam misi ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YFBM, Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid serta Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Encik Johan bin Halid bersama 19 orang sukarelawan YFBM yang turut turun padang menyerahkan bantuan dan menyantuni komuniti maritim setempat.
Suhaizan menambah, misi bantuan platform ini juga mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memastikan komuniti maritim sentiasa berada dalam keadaan tenteram, selamat dan terbela dalam kehidupan seharian mereka.
“Maritim Malaysia bukan sahaja komited dalam aspek penguatkuasaan undang-undang maritim, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat yang bergantung kepada laut sebagai sumber rezeki,” ujarnya lagi.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

