PUTRAJAYA, 27 OKTOBER – Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tuan Nor Hisham bin Ibrahim, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Tuan Abu Bakar @ Salleh bin Jambol di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya, pagi tadi.
Tujuan kunjungan hormat itu adalah bagi memperkukuhkan hubungan strategik dan kerjasama di antara kedua-dua perkhidmatan di bawah sektor pengurusan selain menjadi platform bagi menimba maklumat dan memahami dengan lebih mendalam proses serta prosedur pelaksanaan pelupusan aset lucut hak yang dilaksanakan oleh pihak JKDM.
Selain itu, pertemuan tersebut turut membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan aset, termasuk peluang kolaborasi di antara Maritim Malaysia dan JKDM dalam melaksanakan operasi bersama serta penempatan aset laut Maritim Malaysia di jeti Kastam.
Kunjungan ini turut disertai barisan pegawai kanan Maritim Malaysia, antaranya ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Mohd Ilham bin Udin, Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Komander Maritim Hilmi bin Hj Abdullah, Kader JKDM di APMM, PPK Mohammad Norshim bin Mohamed Hashim dan Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Leftenan Madya Maritim Muhammad Fathullah bin Norhizat.
Melalui kunjungan ini, ia membuktikan bahawa Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuhkan hubungan strategik yang signifikan dengan JKDM bagi memastikan pelaksanaan tugas pengurusan, pentadbiran serta penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan berintegriti sejajar dengan matlamat utama agensi.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

