KUALA TERENGGANU, 11 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ibu Pejabat Maritim Negeri Terengganu telah dijemput menyertai Program Sekolah Angkat Madani anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersempena Sambutan Hari Pendaftaran Negara 2025, yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu hari ini.
Program yang bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi pendidikan ini menjadi platform bagi mendekatkan pelajar dengan pelbagai agensi di bawah Kerajaan Persekutuan.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam pameran tersebut memberi peluang kepada pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia sebagai agensi utama penguatkuasaan undang-undang maritim negara, di samping memupuk kesedaran tentang kepentingan keselamatan di laut.
Sepanjang pameran berlangsung, para pelajar berpeluang menyertai kuiz keselamatan maritim, berinteraksi bersama anggota Maritim, serta melihat dengan lebih dekat peralatan operasi dan aset ringan yang digunakan dalam tugas harian agensi.
Kehadiran Maritim Malaysia turut menarik minat para pelajar yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai prospek dan cabaran dalam kerjaya penguatkuasaan maritim.
Program Sekolah Angkat Madani merupakan inisiatif Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di bawah kerangka Malaysia Madani, yang bertujuan membina komuniti sekolah berdaya tahan, berpengetahuan dan patriotik melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
Sambutan Hari Pendaftaran Negara yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun pula menjadi wadah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan identiti rasmi, pendaftaran kelahiran serta dokumen pengenalan diri dalam membentuk warganegara bertanggungjawab.
Keterlibatan Maritim Malaysia dalam program ini mencerminkan komitmen agensi dalam menyokong usaha kerajaan memperkukuh nilai patriotisme, integriti dan tanggungjawab sosial dalam kalangan generasi muda, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

