PUTRAJAYA, 11 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim (KESMAR) Cawangan Putrajaya hari ini telah menganjurkan Majlis Peluncuran Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia bertempat di Central Park, IOI Resort City, Putrajaya, dengan sambutan yang amat menggalakkan melibatkan penyertaan lebih 200 warga agensi serta ahli keluarga.
Peluncuran telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, dan turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pegawai Kanan Maritim Malaysia. Penganjuran acara mencerminkan komitmen berterusan Agensi dalam menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan gaya hidup sihat dan aktif sebagai budaya kerja dalam perkhidmatan awam.
Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan aktiviti senamrobik, disertai oleh pegawai, anggota dan ahli keluarga dalam suasana penuh ceria serta semangat kebersamaan. Acara diteruskan dengan gimik peluncuran HSN peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia, sebagai simbolik iltizam Agensi dalam menyokong agenda nasional membudayakan sukan sebagai sebahagian daripada kehidupan harian warga agensi.
Bagi menyemarakkan lagi semangat kekitaan, pelbagai aktiviti sukan santai turut diadakan, termasuk pertandingan sepak penalti antara bahagian, yang menyaksikan persaingan sihat dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga.
Menjuarai acara Sepak Penalti ialah pasukan BPPM Rangers dari Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim dengan membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai berjumlah RM300, tempat kedua dimenangi oleh pasukan HR Hunter dari Bahagian Sumber Manusia membawa pulang RM200 dan tempat ketiga ialah pasukan Planet Kara Kartal dari Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa membawa pulang wang tunai berjumlah RM100.
Penganjuran HSN 2025 peringkat Ibu Pejabat ini mencerminkan kesungguhan Maritim Malaysia dalam memperkukuh perpaduan warga kerja serta mempererat hubungan kekeluargaan, selaras dengan aspirasi Maritim Malaysia dalam melahirkan organisasi yang cemerlang, sihat dan berintegriti tinggi.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

