TELUK PELANDUK, 10 OKTOBER – Pusat Pengajian Bina Insan, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Pasukan Pancaragam Siri 2 selama lima hari bermula 5 hingga 10 Oktober bertempat di Akademi Imigresen Malaysia.
Seramai 27 orang anggota Pancaragam Pusat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (PPAPMM) dan 10 orang anggota Pancaragam Setia Perwira Jabatan Imigresen Malaysia (PSPJIM) telah menyertai kursus ini dibawah kendalian barisan jurulatih muzik berpengalaman yang diketuai oleh Encik Abd Jalal bin Hitam, Encik Samsuddin bin Muhammad Seip, Encik Kamarul Hadli bin Abu Kasim, Encik MD Zam Zamer bin Mohd Zarimdan.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul teknik asas alatan muzik Brass, Woodwind, dan Percussion, penguasaan notasi muzik dan latihan persembahan lagu rasmi olahan baharu dan beberapa lagu persembahan bagi majlis jabatan. Akhir modul kursus, peserta turut diuji dalam sesi penilaian teori dan praktikal individu.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Puan Nur Fadhilah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia dan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan APMM, Encik Saidunkarnaen bin Bakhori dan Pengarah Bahagian Pusat Kualiti Penyelidikan dan Pembangunan Akademi Imigresen Malaysia, PPI Harun bin Hashim.
Kursus ini bukan sahaja memperkukuh kecekapan teknikal anggota pancaragam malah turut menjadi platform bagi mereka untuk meningkatkan kualiti bunyian dan olahan lagu dalam bidang muzik beruniform seterusnya membentuk sebuah pasukan yang berdisiplin dan berkualiti tinggi.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

