08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MESYUARAT OPERASI APMM KE 43 BIL. 2/2025 KUKUHKAN STRATEGI DAN KECEKAPAN PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 8 OKTOBER – Mesyuarat Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Ke-43 Bil. 2/2025 telah berlangsung di Johor Bahru bermula 6 hingga 8 September 2025, dengan fokus terhadap usaha memperkukuh strategi operasi dan kecekapan penguatkuasaan maritim secara menyeluruh.

Mesyuarat ini menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi, pegawai-pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia, serta barisan Pengarah Maritim Negeri dan Zon Maritim bagi menilai prestasi operasi semasa, selain merangka pelan tindakan baharu dalam menangani cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Rosli bin Abdullah, dalam ucapannya berkata; mesyuarat operasi merupakan platform penting untuk menyelaras pelaksanaan dasar dan strategi operasi agar selari dengan hala tuju strategik Agensi.

“Setiap barisan kepimpinan dan anggota di semua peringkat perlu kekal fokus serta komited dalam memperkukuh kesiapsiagaan aset dan sumber manusia, selaras dengan peranan Maritim Malaysia sebagai Agensi utama penguatkuasaan di Zon Maritim Malaysia.

“Kita perlu bergerak dengan lebih tersusun, cekap dan berpaksikan data bagi memastikan setiap operasi yang dilaksanakan benar-benar memberi impak kepada keselamatan perairan negara,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi penguat kuasa maritim serantau serta penerapan budaya integriti tinggi dalam setiap aspek pelaksanaan tugas.

Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan termasuk keberkesanan rondaan bersama, pengoperasian aset laut dan udara, peningkatan keupayaan tindak balas terhadap insiden di laut, serta penggunaan teknologi pemantauan baharu.

Mesyuarat turut menegaskan keperluan memperkukuh latihan bersepadu dan pemantapan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara profesional, efisien dan berkesan.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Laksamana Muda Maritim Zawawi bin Abdullah; serta Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim.

Maritim Malaysia kekal komited mempertingkat kemampuan operasi serta profesionalisme anggotanya demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara serta mendukung penuh aspirasi Reformasi Kementerian Dalam Negeri dan Malaysia MADANI demi mensejahterakan rakyat.

 

MOA JB2
 
MOA JB3
 
MOA JB4
 
MOA JB5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC