window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag('js', new Date()); gtag('config', 'UA-176562899-1'); MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN HARI SAMBUTAN HABITAT SEDUNIA PERINGKAT MALAYSIA 2025
05
Jum, Dis

Grid List

EMPAT MANGSA BOT ROSAK DI PERAIRAN PULAU JARAK DISERAHKAN KEPADA KEDUTAAN INDONESIA

OPERASI MARITIM - KASTAM DI PERAIRAN KELANTAN DAN SUNGAI GOLOK

MEDEVAC PESAKIT WANITA ALAMI ANEMIA SIMPTOMATIK DARI PULAU TIOMAN KE HOSPITAL ROMPIN

OPERASI BERSEPADU CEGAH KHAS PERKUKUH TINDAKAN PEMANTAUAN DI PESISIR PANTAI PERAK

MAYAT SALAH SEORANG NELAYAN DITEMUI, OPERASI PENCARIAN MASIH BERJALAN

MARITIM MALAYSIA KOORDINASI PENCARIAN DUA NELAYAN HILANG BOT DIPERCAYAI KARAM

DUA NELAYAN TERSELAMAT DALAM INSIDEN BOT TERBALIK DI PERAIRAN HAJI BAKI

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 24 TAN AYAM SEJUK BEKU

MARITIM MALAYSIA SERTAI PAMERAN HARI SAMBUTAN HABITAT SEDUNIA PERINGKAT MALAYSIA 2025

CYBERJAYA, 7 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai pameran sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 bermula pada 6 hingga 7 Oktober 2025 yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Sambutan telah dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming, di Semarak Hall, Cyberjaya di sini, hari ini.

Di samping itu, reruai Maritim Malaysia telah mempamerkan pelbagai jenis replika dari aset laut dan udara serta penerangan mengenai tugas, peranan dan fungsi Agensi ini kepada para pengunjung.

Sambutan Hari Habitat Sedunia ini merupakan inisiatif tahunan di bawah United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat) yang diraikan di seluruh dunia pada minggu pertama bulan Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan pihak pengurusan bandar tentang kepentingan mewujudkan penempatan manusia yang selamat, kondusif dan berdaya huni.

Tema Hari Sambutan kali ini ialah ‘Menangani Krisis Bandar’ dengan memfokuskan kepada usaha membangunkan bandar yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, bencana alam dan ketidaksamarataan sosial.

Majlis turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPKT, datuk - datuk bandar, wakil keduataan asing, ketua - ketua jabatan, bahagian dan agensi di bawah KPKT, wakil-wakil kementerian serta pihak berkuasa tempatan.

HABITAT APMM
 
HABITAT APMM2
 
HABITAT APMM4
 
HABITAT APMM3

Grid List

PENGAPLIKASIAN 'BODY WORN CAMERA' PERKUKUH KECEKAPAN & KETELUSAN OPERASI MARITIM MALAYSIA

KEMAMAN, 4 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Maritim Kemaman telah mengadakan satu sesi taklimat khas mengenai pengaplikasian 'Body Worn Camera' (BWC) kepada para pegawai yang terlibat dalam tugasan penguatkuasaan, rondaan serta operasi pemeriksaan di laut, di sini hari ini.

Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Seksyen Operasi Zon Maritim Kemaman, Lefternan Madya Maritim Hairul bin Nizad, bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh berhubung fungsi, tatacara penggunaan, protokol penyimpanan data serta kelebihan BWC dalam meningkatkan integriti dan profesionalisme pegawai semasa penugasan.

Pada sesi taklimat berkenaan, Hairul berkata, penerapan teknologi ini dapat membantu merakam setiap interaksi secara telus, sekali gus mengurangkan risiko salah faham serta memperkukuh keyakinan komuniti maritim terhadap operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Penggunaan BWC turut berperanan penting dalam memperkukuh pengurusan bukti melalui rakaman visual yang lebih jelas dan teratur, seterusnya memudahkan proses siasatan serta semakan semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi penambahbaikan berterusan,” tambah beliau.

Taklimat ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada elemen operasi dan penguatkuasaan yang bertugas di lapangan.

Para peserta turut diberikan demonstrasi penggunaan BWC serta latihan asas bagi memastikan kesiapsiagaan sebelum pengoperasian sepenuhnya dilaksanakan di Zon Maritim Kemaman.

Maritim Malaysia kekal komited untuk mengadaptasi teknologi moden demi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan serta memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara.

 

BODY CAM TRG5
 
BODY CAM TRG3
 
BODY CAM TRG
 
BODY CAM TRG4
hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC