KUANTAN, 7 OKTOBER – Eksesais Samudera Perkasa Barat Siri 8/2025 melabuhkan tirainya semalam selepas beberapa siri latihan intensif dijalankan bagi menguji keupayaan dan kesepaduan operasi antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Eksesais tahunan yang berlangsung selama lapan hari terbahagi kepada tiga fasa iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Penutup itu dilakukan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan perairan Pantai Timur Semenanjung; Memberi tumpuan kepada aspek Maritime Crime First Responder (MCFR), koordinasi penguatkuasaan serta keupayaan mencari dan menyelamat (SAR) maritim.
Pengarah Eksesais (Eksdir), Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, yang juga Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Latihan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), berkata penganjuran eksesais itu berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh kesiapsiagaan aset dan anggota kedua-dua agensi.
“Sinergi strategik antara Maritim Malaysia dan TLDM amat penting bagi memastikan setiap tindakan di lapangan dapat dilaksanakan dengan pantas, tepat dan berkesan, khususnya dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan negara,” katanya ketika memberi taklimat penutup eksesais tersebut di sini, semalam.
Menurut beliau lagi, pelbagai senario taktikal dilaksanakan sepanjang latihan termasuk pengusiran pencerobohan, rondaan bersama, latihan penyelamatan serta pengendalian jenayah maritim yang menuntut kecekapan tinggi dan koordinasi mantap antara semua aset yang terlibat.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Wilayah Laut 1 (TP MAWILLA 1), Laksamana Pertama Gan Chin Keat dan turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab.
Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian cenderamata kepada wakil pasukan yang terlibat sebagai simbol penghargaan atas komitmen dan dedikasi sepanjang latihan dijalankan.
Eksesais Samudera Perkasa Barat, sebagai platform utama latihan tahunan antara Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), akan diteruskan pada siri-siri akan datang dengan penambahbaikan berterusan dalam aspek taktikal, logistik dan operasi.
Maritim Malaysia kekal komited memperkukuh keupayaan operasi serta meningkatkan kecekapan anggota melalui latihan berterusan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

