PUTRAJAYA, 1 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menganjurkan Bengkel Fasa Analisis bagi Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Maritim Malaysia 2026–2030, bertempat di Hillview Ballroom, Hotel Pulse Grande, Putrajaya yang belangsung pada 30 September hingga 1 Oktober 2025.
Majlis pembukaan bengkel telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim selaku Pengarah Projek PSP Maritim Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa keberhasilan bengkel ini akan menjadi penentu kepada kualiti Pelan Strategik Pendigitalan Maritim Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini menampilkan penceramah jemputan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku subject matter expert iaitu Prof. Ts. Dr. Anitawati Mohd Lokman dan Ts. Dr. Surya Sumarni Hussein dengan dihadiri 49 pegawai yang mewakili setiap bahagian di Maritim Malaysia.
Intipati bengkel memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hala tuju pendigitalan agensi melalui sesi semakan templat analisis, penilaian persekitaran perniagaan dan ICT, serta mengenal pasti isu dan jurang ICT, cabaran dan peluang dalam memperkasa infrastruktur serta tadbir urus ICT Maritim Malaysia.
Bengkel turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Encik Mahmud bin Abd Rahman selaku Pengurus Projek PSP Maritim Malaysia.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Bahagian Teknologi Maklumat Maritim Malaysia dalam melaksanakan transformasi digital secara menyeluruh bagi memperkukuh keupayaan operasi serta kecekapan penyampaian perkhidmatan Maritim Malaysia, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani iaitu Daya Cipta, Kemampanan dan Keyakinan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

