08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MONSOON ZIZA PETRONAS: MRSC KOTA KINABALU TEKANKAN KESELAMATAN MARITIM

KOTA KINABALU, 25 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu menegaskan kepentingan keselamatan maritim dan usaha mengelakkan daripada kejadian insiden di laut daripada berlaku pada Program Kempen Monsoon ZIZA MPM PETRONAS yang diadakan di sini baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, Penolong Pengarah Unit Carilamat dan Bantuan Bencana, MRSC Kota Kinabalu Leftenan Maritim Mohamad Pairul bin Mohd Bacuk membentangkan perkongsian bertajuk “Responding to Disasters: MRSC Functions and Action” yang memberi tumpuan kepada fungsi MRSC serta pelan tindakan koordinasi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negara.

Program ini turut disertai Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Haji Idros, bersama Leftenan Komander Maritim Haw Vui Fung sebagai wakil KM ARAU, menggambarkan sokongan berterusan Maritim Malaysia dalam meningkatkan kesiapsiagaan dan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi.

Program berkenaan turut melibatkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), PTT Exploration and Production Public (PTTEP), Hibiscus Petroleum serta beberapa syarikat industri minyak dan gas lain termasuk wakil daripada industri perkapalan.

Dengan tema “Zero Incident Zero Accident”, Program Monsoon ZIZA merupakan acara tahunan anjuran PETRONAS MPM bersama PTTEP yang menjadi platform meningkatkan kesedaran keselamatan dan kesiapsiagaan menghadapi perubahan cuaca monsun. Lebih 200 peserta daripada industri minyak, gas dan perkapalan menyertai program kali ini.

Maritim Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama bersama semua pihak berkepentingan bagi memastikan keselamatan maritim berada di tahap terbaik, seiring aspirasi Zero Incident Zero Accident.

 

ZIZA MPM PETRONAS3
 
ZIZA MPM PETRONAS4
 
ZIZA MPM PETRONAS2
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC