22
Rab, Apr

Grid List

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN

MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI

VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI

NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT

MARITIM MALAYSIA CIPTA SEJARAH DI PERSIDANGAN MILOPS25

HAWAII, 20 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mencatat sejarah tersendiri apabila Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wilayah Timur Agensi ini, Farahah binti Mohd Nazari, dipilih sebagai ahli panel di The 36th Annual U.S. INDOPACOM Military Law and Operations (MILOPS25) Strategic Engagement bertempat di Hawaii dari 8 hingga 11 September.

Kehadiran Farahah menjadikan beliau wakil pertama Maritim Malaysia sejak persidangan berprestij itu dianjurkan 36 tahun lalu, sekali gus mencatatkan penyertaan sulung agensi ini.

Pemilihan beliau telah dibuat oleh penganjur, Judge Advocate USINDOPACOM, selepas pembentangannya mengenai isu Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing di Da Nang, Vietnam pada April 2024 mendapat perhatian antarabangsa.

Persidangan MILOPS25 menghimpunkan 142 peserta dari 32 negara, antaranya Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea, New Zealand, India, Thailand, Indonesia dan Singapura. Seramai 40 ahli panel termasuk Farahah dipilih berdasarkan penglibatan aktif mereka dalam pelbagai platform antarabangsa.

Dalam sesi pembentangan, Farahah mengetengahkan kajian kes kerjasama diplomatik melibatkan unit siasatan Maritim Malaysia dengan Open Source Centre melalui Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selain berkongsi pengalaman penggunaan teknologi penyiasatan jenayah maritim bersama kedutaan asing yang lain.

Beliau turut menjadi panel dalam forum khas bertajuk Regional Coast Guards : Legal Vigilance through Law Enforcement bersama tokoh keselamatan serantau termasuk Rear Admiral Sean P. Regan (U.S. Coast Guard Oceania), Commodore Jay Tarriela (Philippines Coast Guard) dan Captain Kentaro Furuya (Japan Coast Guard Academy).

Forum berkenaan membincangkan isu penguatkuasaan undang-undang maritim, cabaran kedaulatan serta bidang kuasa antarabangsa.

“Penyertaan ini bukan sekadar penghormatan kepada saya secara peribadi, tetapi satu pengiktirafan kepada Maritim Malaysia,”

“Ia membuktikan kepakaran kita dalam aspek perundangan maritim diiktiraf di peringkat antarabangsa, sekali gus membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik pada masa hadapan,” kata Farahah.

MILOPS25 merupakan platform utama diplomasi keselamatan dan pertahanan Indo-Pasifik bagi memperkukuh kesiapsiagaan, menyeragamkan operasi bersama serta mengukuhkan kerjasama maritim dan ketenteraan serantau.

Melalui penglibatan ini, Maritim Malaysia mengukuhkan jaringan strategik antarabangsa sekali gus menegaskan komitmen negara terhadap keselamatan dan kestabilan maritim serantau.

MILOPS5
 
MILOPS6
 
MILOPS25 2
 
MILOPS 3

Grid List

MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026

KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.

“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.

Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.

Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.

Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.

Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.

Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.

Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

OSTEX MARITIM
 
OSTEX MARITIM2
 
OSTEX MARITIM4
 
OSTEX MARITIM6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC