PANGKALAN BALAK, 20 SEPTEMBER – Pantai Pengkalan Balak, Melaka menjadi tumpuan ratusan sukarelawan sempena World Clean Up Day 2025 hari ini apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berganding bahu dengan Soroptimist International Ampang (SI Ampang), dengan sokongan Soroptimist International Region of Malaysia (SIROM) membersihkan kawasan pantai di kawasan terbabit.
Program ini merupakan sebahagian gerakan global membabitkan lebih 190 negara, dengan tumpuan utama meningkatkan kesedaran terhadap pencemaran laut dan ancaman plastik kepada hidupan marin.
Inisiatif yang diterajui oleh Presiden SIROM, Rebecca Lai Abdullah, berkata usaha itu menghimpunkan pelbagai pihak dengan matlamat sama, iaitu memastikan pantai kekal bersih dan bebas pencemaran.
Manakala Pengerusi SI Ampang, Dr. Siti Zainab Mohd Zaini, menegaskan pembuangan botol plastik di laut boleh mengundang ancaman besar terhadap penyu, terumbu karang dan komuniti pesisir pantai.
Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah menekankan, World Clean Up Day bukan sekadar aktiviti mengutip sampah, sebaliknya simbol tanggungjawab bersama rakyat Malaysia dalam menjaga pantai dan laut negara ini.
“Sejak 2007, Maritim Malaysia telah melaksanakan program komuniti melalui Program Jiwa Murni sebelum dijenamakan semula sebagai Program Sahabat Maritim (PSM) pada 2013.”
“PSM menjadi wadah memperkukuh hubungan dengan komuniti pesisir selain mempromosikan fungsi Maritim Malaysia sebagai agensi penguat kuasa tunggal di Zon Maritim Malaysia (ZMM),” katanya.
Sepanjang enam tahun lalu, 193 program PSM berjaya dilaksanakan dengan tiga program pada 2020, meningkat kepada 22 pada 2021, 41 pada 2022, 56 pada 2023, 48 pada 2024 dan 23 program sehingga Ogos 2025.
Beliau dalam pada itu urut mengingatkan aspek keselamatan laut. Berdasarkan rekod Maritim Malaysia, dari 2020 hingga Ogos 2025 terdapat 336 kes lemas melibatkan 499 mangsa. Daripada jumlah itu, 176 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 216 maut dan 107 masih hilang di laut.
“Justeru, Maritim Malaysia giat menganjurkan sesi kesedaran, taklimat dan bengkel bagi melengkapkan komuniti dengan pengetahuan keselamatan asas yang mampu mengurangkan risiko tragedi di laut,” tegasnya.
Program pembersihan pantai ini turut disokong oleh SW Corp/SWM untuk pengasingan dan pelupusan sisa, malah ia turut menerima tajaan daripada Marigold, Mamee, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Munchy’s dan Kerjaya One. Semua hasil kutipan direkodkan mengikut jumlah kilogram, jenis sisa dan item unik yang ditemui.
Penyertaan Maritim Malaysia dalam World Clean Up Day 2025 membuktikan komitmen agensi itu bukan sahaja menjaga keselamatan perairan negara, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan kelestarian perairan global.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

