PUTRAJAYA, 16 SEPTEMBER – Seramai empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menamatkan Kursus Machinery Technician ‘A’ School yang berlangsung dari 16 Jun hingga 12 September 2025 di US Coast Guard Training Center, Yorktown, Virginia, Amerika Syarikat.
Kursus yang berlangsung selama 13 minggu ini disertai oleh 25 pelajar, terdiri daripada 21 anggota US Coast Guard (USCG) dan 4 anggota BM Tek (M) Mohd Syam bin Selamat, BM Tek (M) Mohamad Ibrahim bin Osman, BM Tek (M) Syaiful Hazewan bin Sulong, dan LK Tek (M) Mohd Wafi bin Hassan. Ia bertujuan memberikan pengetahuan asas kejuruteraan marin, teknik penyelenggaraan serta kemahiran pembaikan peralatan bagi melahirkan jurutera kapal muda yang berkualiti dan berdaya saing.
Selain itu kursus ini turut memberi pengetahuan asas tentang pembaikan kerosakan dan bot, pendedahan peserta kepada teknik terkini dalam bidang kejuruteraan kapal selain menjadi medium perkongsian ilmu, pendapat dan cabaran bersama tenaga pengajar serta peserta luar negara.
Sepanjang kursus, para peserta turut didedahkan dengan kombinasi kuliah teori, bengkel praktikal dan latihan makmal yang meliputi prinsip teori sistem mekanikal, kaedah pengoperasian mesin dengan selamat, teknik penyelenggaraan dan pembaikan peralatan, proses mengenalpasti masalah mekanikal (troubleshooting) dan sistem hidraulik serta mesin elektrik.
Kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan USCG ini bukan sahaja meningkatkan tahap kepakaran teknikal anggota, malah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang latihan dan kejuruteraan maritim.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

