PULAU PINANG, 16 SEPTEMBER – Usaha bersepadu dalam memelihara khazanah marin negara diteruskan dengan pelaksanaan Program Pelepasan Anak Penyu yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di Pantai Angsana, Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada Ahad lalu.
Program berimpak tinggi ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Ikhtiar Foundation, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pulau Pinang, dan Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.
Program ini menyaksikan pelepasan sejumlah anak penyu yang ditetaskan di pusat konservasi dan kini dilepaskan ke habitat semula jadi mereka sebagai sebahagian daripada langkah konservasi jangka panjang.
TYT Tun turut melepaskan sejumlah 68 anak penyu sebagai simbolik kemerdekaan Malaysia yang ke 68 tahun. Aktiviti ini turut melibatkan penyertaan komuniti setempat, serta sukarelawan yang hadir bagi menyaksikan detik bermakna tersebut.
Selain pelepasan anak penyu, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya pameran keselamatan laut oleh pihak Maritim Malaysia dan beberapa pameran agensi strategik yang lain.
Usaha ini selaras dengan komitmen jangka panjang Negeri Pulau Pinang dalam mencapai pembangunan lestari serta pemeliharaan ekosistem marin bagi generasi akan datang.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

