08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA SERTAI PERSIDANGAN COAST GUARD GLOBAL SUMMIT (CGGS) KE-4 DI ROM, ITALI

PUTRAJAYA, 15 SEPTEMBER – Persidangan Coast Guard Global Summit (CGGS) ke-4 yang berlangsung pada 10 hingga 12 September 2025 lalu di Rom, Itali telah berjaya menghimpunkan lebih 120 negara bersama 40 agensi serta organisasi antarabangsa.

Sidang berprestij itu menjadi medan utama memperkukuh kerjasama global, berkongsi strategi penguatkuasaan maritim serta membincangkan pendekatan bersama dalam isu keselamatan pelayaran, jenayah rentas sempadan, perlindungan alam sekitar, dan pengurusan sumber maritim.

CGGS kali ini dipengerusikan bersama oleh Italian Coast Guard dan Japan Coast Guard, serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, bersama Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, bukti kepentingan persidangan itu dalam membentuk hala tuju keselamatan maritim dunia.

Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut sama menyertai persidangan, diwakili oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah. Kehadiran delegasi Maritim Malaysia menyerlahkan komitmen Malaysia memperkukuh kerjasama antarabangsa serta berkongsi kepakaran dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan carilamat maritim.

Persidangan turut menyaksikan penyerahan simbolik jawatan Presiden CGGS daripada Italian Coast Guard kepada India Coast Guard yang bakal menjadi tuan rumah edisi ke-5 pada tahun 2027 akan datang.

 

CG SUMMIT2
 
CG SUMMIT3
 
CG SUMMIT4
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC