PUTRAJAYA, 12 September – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, telah mengadakan sesi perjumpaan serta menyampaikan amanat khas sempena penempatan tiga pegawai Pasukan Projek bagi perolehan sebuah kapal Multi-Purpose Mission Ship (MPMS) di Desan Shipyard, Turkiye.
Tiga pegawai berkenaan ialah Leftenan Komander Maritim Noraizan bin Md Noh, Leftenan Maritim Md Haikal bin Md Kamsor dan Leftenan Maritim Mohd Naqeeb bin Mohd Pauzi, yang dijadualkan berlepas ke Istanbul pada 22 September 2025. Mereka seterusnya akan memulakan tugas rasmi di pejabat Pasukan Projek MPMS yang berpusat di Kocaeli, Turkiye.
Dalam amanatnya, Ketua Pengarah menzahirkan ucapan tahniah kepada para pegawai yang terpilih serta menyeru agar setiap tugasan dilaksanakan dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti. Beliau turut menekankan kepentingan menjaga nama baik agensi serta imej negara sepanjang bertugas di luar negara, khususnya ketika menguruskan projek berimpak tinggi ini.
“Pemilihan saudara-saudara adalah satu pengiktirafan terhadap keupayaan dan kompetensi yang dimiliki. Saya percaya anda akan memberikan komitmen terbaik, bukan sahaja demi memastikan kelancaran projek, tetapi juga sebagai duta kecil negara di arena antarabangsa,” tegas beliau.
Projek pembinaan kapal induk pelbagai guna bersaiz 99 meter ini telah dianugerahkan kepada syarikat Desan Shipyard, Turkiye, dengan kontrak dimeterai pada 20 Mei 2025. Bagi menjamin kelancaran, pemantauan rapi serta tahap kualiti tertinggi dalam pelaksanaan projek, Maritim Malaysia telah menubuhkan Pasukan Projek MPMS yang terdiri daripada tujuh pegawai terlatih.
Turut hadir dalam perjumpaan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim; Pengarah Bahagian Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Rizal bin Hishamuddin; Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa, Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, yang juga merangkap Ketua Pasukan Projek MPMS; serta Timbalan Ketua Pasukan Projek MPMS, Komander Maritim Elmi Shafik bin Mad Sariff.
Kehadiran pegawai Maritim Malaysia di Turkiye merupakan langkah penting dalam memastikan pembinaan kapal MPMS berjalan lancar, menepati jadual serta memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Kapal ini kelak akan memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, rondaan keselamatan serta misi bantuan kemanusiaan dan bencana.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

