08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM TERENGGANU SERTAI UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA

DUNGUN, 11 September – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu telah menyertai Ujian Kemahiran Menembak anjuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam kategori jemputan yang berlangsung di Dungun, Terengganu.

Penyertaan ini melibatkan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Firdaus bin Mohd Anuar, Pegawai Laksana Kapal Maritim (KM) Bagahak, Leftenan Maritim Ibrahim bin Abdullah serta Pegawai Operasi KM Bagahak, Leftenan Muda Maritim Abdullah bin Mohd Isa.

Acara yang bermula pada jam 8.00 pagi itu turut disertai beberapa pengarah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi.

Dalam kategori Praktis 1 (Individu), Leftenan Maritim Ibrahim muncul sebagai Johan, manakala Komander Maritim Firdaus berjaya meraih tempat ketiga. Seterusnya, dalam kategori Praktis 2 (Individu), Leftenan Maritim Ibrahim sekali lagi mengekalkan kecemerlangan dengan meraih gelaran Johan.

Bagi acara Jatuh Piring (Campuran Agensi), pasukan yang turut disertai Leftenan Maritim Ibrahim berjaya menamatkan saingan di kedudukan tempat ketiga.

Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan penuh jayanya, mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam meningkatkan kompetensi warga kerja khususnya dalam aspek kemahiran menembak, disiplin dan profesionalisme.

Penyertaan ini sekali gus memperkukuh hubungan strategik antara agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri serta menzahirkan kesungguhan Maritim Malaysia untuk terus melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara dengan penuh dedikasi.

WhatsApp Image 2025 09 14 at 10.20.27 PM 1
 
WhatsApp Image 2025 09 14 at 10.20.27 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 09 14 at 10.20.28 PM
 
WhatsApp Image 2025 09 14 at 10.20.28 PM 1
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC