CHERATING, 11 SEPTEMBER – Seramai 20 pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah mengikuti bengkel anjuran UNITAR di Residence Inn Cherating bermula 8 hingga 10 September 2025.
Bengkel bertajuk “Satellite Imagery Workshop 1: Intermediate Training: Utilization of Satellite Imagery and Space-based Information for Strengthening Maritime Security” ini memberi tumpuan kepada pendalaman kefahaman penggunaan sistem berasaskan angkasa serta integrasi data Automatic Identification System (AIS) untuk memperkukuh kesedaran domain maritim.
Melalui platform Skylight, peserta didedahkan kepada pengesanan AIS spoofing, analisis tingkah laku kapal, penggabungan imejan Earth Observation (EO) dan CARILAMAT (SAR) bersama data trafik maritim masa nyata.
Turut diketengahkan adalah kepentingan pengintegrasian pelbagai sumber maklumat perisikan maritim dalam menangani cabaran semasa seperti aktiviti IUU fishing, lanun, transshipment serta pengesanan kapal gelap (dark vessels).
Hasil latihan ini, para peserta berjaya meningkatkan kemahiran dalam menilai risiko maritim, mengkonfigurasi sistem amaran, merangka pelan pemantauan operasi dan memperkukuh koordinasi antara agensi bagi menghadapi ancaman keselamatan maritim negara.
Latihan ini akan diteruskan ke peringkat lanjutan pada 22 hingga 26 September 2025 bertajuk “Satellite Imagery Workshop 2: Advanced Training” dengan melibatkan peserta yang sama.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

