SATUN, 5 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus mengukuhkan kerjasama yang erat dengan negara jiran mengenai keselamatan sempadan perairan Malaysia-Thailand dengan menerima jemputan sebagai delegasi bagi program Jalinan Persahabatan di sini semalam.
Delegasi disambut baik oleh Kapten (Khas) Saenthai Buaniem, Timbalan Pengarah Pusat Perlindungan Kepentingan Maritim Wilayah Satun. Menurut Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, delegasi disertai beberapa pegawai dan anggota daripada Maritim Malaysia dan agensi sahabat antaranya Pasukan Polis Marin-Polis Diraja Malaysia (PPM-PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia (JLM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).
Turut hadir,adalah Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Mohd Suffi bin Ramli, Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom dan pegawai-pegawai serta anggota bot yang ditugaskan membawa delegasi tersebut.
Antara objektif pertemuan dua hala ini adalah mewujudkan platform pertukaran maklumat mengenai keselamatan maritim, pengurusan sempadan, dan kerjasama dalam menangani penangkapan ikan secara haram, serta memupuk kepercayaan dan persefahaman antara kedua-dua buah negara.
Selain perbincangan akademik, acara sukan juga diadakan bagi mengeratkan hubungan diplomatik sebagai simbol komitmen kerjasama untuk bersama-sama menjaga kepentingan maritim negara masing-masing dan meletakkan asas bagi kerjasama jangkamasa panjang Thailand-Malaysia yang lebih stabil.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |




















.svg.png)

