08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 MERIAH DI MAEPS, SERDANG

SERDANG, 5 SEPTEMBER – Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M berlangsung meriah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, pagi tadi dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai tetamu kehormat.

Seri Paduka berkenan menyempurnakan perarakan dan menyaksikan penglibatan lebih 10,000 peserta daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan, badan beruniform serta pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Acara tahunan itu bertujuan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, selain memperkukuhkan semangat ukhuwah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.

Keputusan rasmi pertandingan perarakan mengikut kategori 'A' Kementerian dimenangi oleh Kementerian Komunikasi sebagai Johan manakala Naib Johan dimenangi oleh Kementerian Kesihatan dan tempat ketiga ialah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Untuk kategori 'B' (Agensi Kerajaan / Badan Berkanun / Swasta) tempat pertama iaitu Johan dimenangi oleh Jabatan Audit Negara, Naib Johan ialah Istana Negara manakala tempat Ketiga dimenangi oleh JAWI.

Kontinjen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memenangi Naib Johan untuk kategori C (Badan Beruniform) di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) memenangi tempat pertama (Johan) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memenangi tempat ketiga.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, berkata pencapaian Naib Johan itu mencerminkan iltizam warga Maritim Malaysia untuk sentiasa menghayati sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian, termasuk dalam tugas menjaga kedaulatan perairan negara.

“Penghargaan ini bukan sekadar kejayaan dalam pertandingan, tetapi lambang kesatuan hati warga Maritim Malaysia dalam menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW. Kami akan terus berusaha menanamkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga agar setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan penuh integriti dan keikhlasan,” katanya.

Maritim Malaysia turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua kontinjen yang menyertai perarakan pada tahun ini serta berharap agar sambutan Maulidur Rasul terus menjadi platform memperkukuh perpaduan ummah.

MAULIDUR RASUL3
 
MAULIDUR RASUL4
 
MAULIDUR RASUL2
 
MAULIDUR RASUL7




Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC