PUTRAJAYA, 25 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menegaskan komitmen untuk terus mendekati rakyat seiring dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 iaitu Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, peranan Agensi bukan hanya tertumpu kepada aspek penguatkuasaan dan keselamatan maritim, malah diperluaskan kepada kebajikan serta kesejahteraan rakyat khususnya komuniti maritim.
“Maritim Malaysia bukan sahaja berperanan sebagai penguat kuasa di laut, tetapi turut tampil sebagai sahabat yang menyantuni rakyat melalui pendekatan berteraskan keselamatan dan kesejahteraan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Pemasangan Jalur Gemilang Peringkat Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajaya, hari ini.
Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah serta Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu menjelaskan, pelbagai program ‘turun padang’ dilaksanakan oleh pihaknya bagi mengukuhkan hubungan dengan masyarakat, antaranya Program Sahabat Maritim, Sekolah Angkat MADANI, Santuni MADANI dan Kampung Angkat MADANI.
Jelas beliau, Program Sahabat Maritim memberi ruang kepada agensi mendekati nelayan serta komuniti pesisir pantai dengan perkongsian berkaitan keselamatan dan undang-undang maritim.
Sementara itu, Program Sekolah Angkat MADANI, Santuni MADANI dan Kampung Angkat MADANI menjadi platform Maritim Malaysia untuk bersama masyarakat melalui program kebajikan, pendidikan serta aktiviti kesedaran keselamatan di laut.
“Program-program ini bukan sekadar acara simbolik tetapi manifestasi dan membawa mesej jelas bahawa hasrat Maritim Malaysia bukan sekadar hadir di laut, tetapi ia membawa semangat maritim mendekati komuniti serta sentiasa bersama rakyat dalam apa jua keadaan,” ujarnya.
Sebagai simbolik, beliau turut memasang Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan dan motosikal warga Maritim Malaysia dalam gimik pelancaran majlis tersebut.
Majlis yang menghimpunkan hampir 300 warga kerja Ibu Pejabat Maritim Malaysia itu dimeriahkan dengan persembahan lagu-lagu patriotik oleh Pasukan Pancaragam Maritim Malaysia sekali gus meniup semangat cintakan tanah air menjelang sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diraikan pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya nanti.
Maritim Malaysia bertekad untuk terus menggalas amanah menjaga keselamatan perairan negara, di samping memperkukuh hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai inisiatif berteraskan semangat Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
MARITIM MALAYSIA KONGSI KEPAKARAN PENGUATKUASAAN LAUT BERSAMA 60 PESERTA OSTEX 2026
KOTA KINABALU, 9 APRIL – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah berkongsi kepakaran operasi penguatkuasaan di laut bersama 60 peserta Operational Sea Training Exercise (OSTEX) East Siri 1/2026 dalam satu sesi Subject Matter Expert (SME) yang diadakan di atas KD Kedah, Pangkalan TLDM Sepanggar, baru-baru ini.
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, perkongsian tersebut memberi fokus kepada pemindahan ilmu praktikal dan kefahaman menyeluruh berkaitan pelaksanaan penguatkuasaan maritim.
“Pendekatan ini membolehkan peserta memahami secara langsung aspek penguatkuasaan di laut termasuk prosedur, risiko dan tindakan yang perlu diambil secara profesional serta mematuhi undang-undang,” katanya.
Menurut beliau lagi, penglibatan pegawai dan anggota berpengalaman sebagai SME memberi nilai tambah kepada latihan apabila peserta didedahkan dengan situasi sebenar operasi di lapangan.
Sesi berkenaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Leftenan Maritim Mohd Shahril Samsudin bersama beberapa anggota berpengalaman yang berkongsi aspek perundangan, prosedur operasi standard (SOP) serta teknik penggeledahan vesel.
Antara pengisian utama termasuk pemeriksaan keselamatan sebelum penggeledahan, kaedah mengenal pasti ancaman serta taktik operasi di kawasan berisiko tinggi.
Peserta turut didedahkan dengan pengendalian situasi kecemasan, prosedur pemeriksaan tubuh serta penggunaan kekerasan secara berhemah selaras dengan garis panduan operasi semasa.
Perkongsian ini dilihat memperkukuh tahap pengetahuan dan kemahiran peserta OSTEX, sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan operasi di laut secara lebih tersusun, selamat dan berkesan.
Dalam masa sama, inisiatif tersebut turut memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

