08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA DAN JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA PERKASA KERJASAMA PENGUATKUASAAN MARITIM

KUANTAN, 20 OGOS – Kursus bertajuk ‘Kuasa di Laut, Undang-Undang di Tangan: Realiti Penguatkuasaan Maritim Malaysia’ anjuran bersama Maritim Malaysia dan Jabatan Peguam Negara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 17 hingga 19 Ogos 2025.

Majlis yang bertempat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Gebeng, Kuantan itu turut melibatkan aktiviti lawatan operasi Kapal Maritim (KM) PEKAN di sekitar perairan Kuantan, Pahang.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan I, Jabatan Peguam Negara, Dato’ Razali Bin Che Ani. Turut hadir ialah Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraan Awam, Jabatan Peguam Negara, Puan Azlina Binti Rasdi.

Sepanjang program tiga hari itu, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian aktiviti seperti taklimat daripada Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) mengenai operasi Maritim Malaysia serta taklimat daripada Bahagian Undang-Undang (BUU) berhubung pengenalan Akta APMM.

Selain itu, para peserta turut menyertai lawatan operasi bersama Kapal Maritim (KM) PEKAN di sekitar perairan Kuantan serta Ujian Kemahiran Menembak Senjata Kecil (UKMSK) di Lapang Sasar Tertutup AMSAS.

Penganjuran kursus ini adalah bertujuan memberikan kefahaman menyeluruh mengenai tatacara penggeledahan, tangkapan, serta cabaran praktikaliti dalam melaksanakan operasi penguatkuasaan maritim.

Di samping itu, ia menjadi platform penting untuk memperkukuh aspek perundangan dalam menyokong prosedur operasi serta memahami cabaran utama penguatkuasaan undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.

Kursus ini sekali gus menjadi medan perkongsian ilmu dan pengalaman antara pegawai pendakwaan serta penguatkuasa maritim dalam memperkukuhkan kerjasama strategik demi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terjamin.

AGC AMSAS
 
AGC AMSAS2
 
AGC AMSAS4

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC