KUANTAN, 19 OGOS – Sebanyak 46 pegawai daripada Jabatan Peguam Negara berpeluang menyertai pelayaran operasi bersama Kapal Maritim (KM) PEKAN di perairan Kuantan, Pahang semalam, sekali gus memberi pengalaman langsung mengenai aspek penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara.
Program yang dilaksanakan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang itu merupakan sebahagian daripada pengisian kursus pendakwaan yang dirangka khusus bagi memperkukuhkan kefahaman praktikal para timbalan pendakwa raya tersebut terhadap tatacara operasi di laut.
Sepanjang pelayaran, peserta didedahkan dengan prosedur penggeledahan, kaedah tangkapan serta cabaran sebenar yang dihadapi anggota Maritim Malaysia ketika melaksanakan penguatkuasaan di Zon Maritim Malaysia.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, inisiatif ini adalah platform penting bagi meningkatkan kerjasama dan persefahaman di antara Jabatan Peguam Negara dan Maritim Malaysia.
“Kerjasama seperti ini memberi nilai tambah kepada proses pendakwaan kerana pihak pendakwa raya dapat melihat sendiri realiti di lapangan, seterusnya memahami cabaran yang dihadapi anggota penguat kuasa. Secara tidak langsung dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan undang-undang maritim di negara ini,” katanya.
Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Dato’ Masri bin Mohd Daud, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan I, Dato’ Razali bin Che Ani, serta para pegawai kanan yang lain.
Di pihak Maritim Malaysia, ia diwakili oleh Pengarah Bahagian Undang-Undang, Tuan Mahadhir bin Mohd Khairudin, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang, Kepten Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor dan Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Yusry bin Hussin.
Lawatan berkenaan diyakini dapat memperkukuh hubungan strategik di antara Jabatan Peguam Negara dan Maritim Malaysia, sekaligus menyokong usaha memantapkan penghayatan undang-undang maritim dalam kalangan pendakwa raya.
Ia juga selari dengan moto Maritim Malaysia, 'Mengawal, Melindung, Menyelamat' serta visi iaitu bersama memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara sentiasa terjamin.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

